Sebagai seorang Pengamal Pengubatan Islam, saya sering diundang ke hospital dan pusat perubatan kerana dijemput oleh ahli keluarga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital dan pusat perubatan.
Ahli keluarga sangat berharap pesakit @ ahli keluarga mereka yang sedang dirawat di sana cepat sembuh. Walau bagaimanapun, kesembuhan itu hanya milik Allah. Kita hanya berusaha dan berikhtiar mencari kesembuhan. Selebihnya kita serahkan kepada Allah S.W.T.
Kalau Allah izinkan untuk sembuh, In Shaa Allah pesakit yang dirawat akan sembuh.
Memang tidak dapat dinafikan apabila setiap kali saya menerima jemputan merawat di hospital dan pusat perubatan, hati berasa sangat sedih dan sayu. Timbul rasa keinsafan dalam diri apabila melihat pesakit yang terlantar dan ada juga pesakit yang tidak sedarkan diri berhari-hari.
Pengalaman berharga ini terlalu bermakna buat diri saya. Menjadi satu motivasi untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Semoga dengan sedikit ilmu yang dimiliki dan usaha yang tidak seberapa dalam membantu insan yang memerlukan ini mendapat keredhaan Allah S.W.T. sebagai bekalan di sana kelak. Aamiin.
Ustaz Mohd Amin Hj Jumberi (H/P: 011-12762166)
Perawat Di Darussyifa’ Pusat, Bandar Baru Bangi.
(Setiap Hari Isnin, 9.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari).