Perakuan Pengamal Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Perakuan Pengamal Berdaftar adalah suatu dokumen yang akan diberikan kepada pengamal yang memenuhi keperluan pendaftaran yang telah ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775).

Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar adalah suatu dokumen yang akan diberikan kepada pengamal berdaftar untuk membolehkan pengamal mengamal secara sah.

Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dari Pengamal Pengubatan Islam yang berdaftar sebelum mendapatkan sebarang rawatan.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!