Hampir 10 tahun yang lalu, saya telah mengikuti Kursus Perubatan & Pengubatan Islam di Darussyifa’ Pusat, Bandar Baru Bangi dengan jayanya dan telah diijazahkan Ijazah Perubatan Dan Pengubatan Islam oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.
Sekarang, dengan ilmu dan amanah yang diberikan, saya menabur bakti kepada masyarakat dengan merawat pesakit yang berhajat untuk mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam di Darussyifa’ Pusat, Bandar Baru Bangi pada setiap hari Isnin, 9.00 pagi – 1.00 tengah hari dengan temujanji sahaja.