Rawatan Santau
Asal Santau: Seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan lain-lain. Termasuk juga di bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab ,Timur Tengah, Afrika dan lain-lain. Masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yang lain.
Biasanya dahulu di bahagian daerah Sumatra, Indonesia, Santau biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan atau kebolehan mangsa-mangsa. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah perkasa) seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah dengan santau. Wallahu ‘alam.
JENIS-JENIS SANTAU
Santau terdiri daripada beberapa jenis.
Mengikut perintah Allah S.W.T. Syaitan atau jin tidak akan menyusahkan mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini tidak akan menyakiti atau mengganggu manusia yang sudah buat maksiat atau tidak bermoral kerana mereka memang dah dihanyutkanoleh makhluk-makhluk ini dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Ta’ala. Cuba pergi disko ada tak orang kena santau kat situ … jawapannya, tiada …. cuba pergi ke masjid ada tak orang kena santau kat situ jawapannya ada. Ada orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah ….
TUJUAN SANTAU DIBUAT
1) Amalan diri: Pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal
2) Pertahankan diri : Kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan jadi nak balas balik guna santau, kalau sekarang ada segelintir dari kalangan wanita-wanita yang jahil atau lelaki-lelaki yang jahiliyah menggunakan santau untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri
3) Membalas dendam, dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.
2) Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung
3) Sumbu pelita minyak tanah (habuknya),
4) Hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis – katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi)
5) Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus)
6) Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya)
7) Rambut
8) Tali sabut (direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus)
9) Kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli – Aborigines people – yang tahu sebab mereka cari dalam hutan
Bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya, Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena. Tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri – biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis Hantu Raya class A. Barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain. Kadang-kadang, ada juga yang menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain. Ia (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa) akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau.
FUNGSI SANTAU
Untuk menyeksa hidup dan membunuh mangsa.
1) Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau
2) Kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap (kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri
3) Kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain.
4) Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap ‘aku ikut perintah kamu’ itu bermakna ramuan santau itu sudah jadi (apabila bahan santau ‘menjadi’ ia membiak macam yeast – cepat membiak walau kalau dah masuk dalam tubuh mangsa pun cepat membiak macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.
6) Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ni dengan cara yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.
2) Muntah darah
3) Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki),
4) Demam panas
5) Sakit kepala
6) Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan
7) Tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah)
8) Susah nak tidur malam
9) Kerap mengantuk di siang hari
10) Gatal-gatal badan
11) Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)
12) Pelupa
13) Resdung
14) Barah
15) Kayap
16) Lumpuh ( yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila
17) Lemah tenaga batin
18) Kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo),
19) Penyedih
20) Penakut
21) Pembenci
22) Pemalas
23) Fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri
24) Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
25) Sakit perut dan sakit belakang.
1) Merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram),
2) Merosakkan rumah tangga,
3) Merosakkan organ dalaman,
4) Merosakkan fikiran dan maut.
Tanda fizikal mangsa santau: warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang.
Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu’alam.