admin@ustazamindarussyifa.com  |  +6011-12762166
Follow Kami:-

Saka

TAKRIFAN SAKA

Menurut ahli Perubatan Islam, saka merujuk kepada jin yang diwarisi daripada keturunan yang atas (usul) seperti ayah, datuk, nenek ataupun moyang kepada keturunan yang bawah (furu’) seperti anak, cucu dan cicit.

BAGAIMANA SAKA BOLEH TERJADI?

Saka terjadi apabila seseorang membuat perjanjian dengan makhluk halus bagi mendapatkan khidmat atau pun kelebihan. Sebagai balasan atau khidmat jin itu, seseorang itu akan menawarkan diri bagi menjaga makhluk tersebut turun-temurun.

TUJUAN MEMELIHARA SAKA

Saka dipelihara untuk beberapa tujuan seperti berikut:-

  1. 1. Menjaga harta seperti rumah, tanah atau pun kebun.
  2. 2. Menjaga diri dan keluarga daripada dianiyai oleh orang lain.
  3. 3. Menjalankan kerja-kerja seharian seperti bertani, memburu binatang dan menangkap ikan.
  4. 4. Menjalankan kerja-kerja berat seperti mengangkat batu besar, menebang, mengangkut pokok balak dan lain-lain.
  5. 5. Melawan musuh.
  6. 6. Sebagai ilmu pengisian diri atau kebatinan.
  7. 7. Untuk tujuan perubatan seperti bomoh, bidan atau pun tukang urut.
  8. 8. Untuk tujuan pengangkutan.

PUNCA GANGGUAN SAKA

Antara punca gangguan jin saka adalah seperti berikut:-

  1. 1. Waris terlupa untuk memenuhi perjanjian yang sudah dipersetujui oleh nenek moyang seperti memberi makan atau menjalankan ritual tertentu bagi memuja makhluk tersebut.
  2. 2. Terdapat waris yang menentang kehendak saka tersebut, seperti tidak memberi kerjasama lalu menyebabkan saka tersebut menjadi marah.
  3. 3. Terdapat dalam kalangan waris yang beramal dengan amalan yang soleh, yang menyebabkan saka tersebut tidak senang dan ‘tercedera’.