Masalah Rumahtangga
Dalam institusi perkahwinan dan kehidupan berumahtangga Allah telah mengamanahkan tanggungjawab mengharmonikan keluarga kepada pasangan suami isteri.
Tanggungjawab ini merupakan ibadah yang mesti ditunaikan oleh setiap pasangan dan perlaksanaannya seperti yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. akan membawa kebahagiaan kepada keluarga.
Setiap pasangan suami isteri mempunyai tanggungjawab dan hak bagi membentuk dan memelihara sebuah keluarga supaya kekal dan sentiasa berada di dalam kebahagiaan. Oleh itu setiap pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman dalam menjalani amanah Allah dan patut mencontohi keluarga Rasulullah S.A.W ke arah menjadikan rumahtangga berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.
Kehadiran ‘pihak ketiga’ seringkali menimbulkan masalah di dalam rumahtangga. Sehubungan dengan itu suami atau isteri mestilah sentiasa bersikap jujur dan jangan berlaku curang dengan pasangan masing-masing. Sentiasa fikirkan dan menjaga rumahtangga telah dibina.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Dalam kehidupan berumahtangga pasti ada pahit dan manisnya. Sekiranya ada timbul sebarang permasalahan, segeralah mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin ada pihak yang berasa cemburu dengan kebahagiaan rumahtangga kita dan seterusnya melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti sihir pemisah dan sebagainya.
Sekiranya perkara ini berlaku, segeralah mencari jalan keluar dan meminta pertolongan dari Allah S.W.T. Kami di Darussyifa’ hanya mampu berusaha menolong membuat rawatan. Selebihnya kita serahkan kepada Allah S.W.T. Kita hanya berusaha. Kesembuhan milik Allah S.W.T.