Rawatan Di Darussyifa'
Pelbagai Jenis Rawatan

Rawatan Rohani
Rawatan penyakit yang dihidapi oleh manusia walaupun ia tidak mempunyai petanda secara zahir.

Rawatan Jasmani
Rawatan penyakit yang merujuk kepada penyakit di tubuh badan manusia yang melibatkan anggota zahir @ fizikal.

Rawatan Saka
Rawatan terhadap gangguan jin yang diwarisi dari keturunan yang atas (usul) seperti daripada ayah, datuk, nenek atau pun moyang.

Rawatan Sihir
Sihir merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati, akal orang yang disihir dengan menggunakan jin @ makhluk halus.

Rawatan Susuk
Susuk merupakan sejenis amalan sihir dengan cara memasukkan bahan tertentu seperti emas, perak dan besi (logam) ke dalam tubuh badan.

Rawatan Santau
Santau biasanya digunakan oleh penyantau untuk menguji sejauh mana kehandalan atau kebolehan mangsa-mangsanya.

Rawatan Premis
Rawatan ‘memagar’ rumah, kedai, pejabat, restoran, klinik, taska, tadika, butik, homestay, dan sebagainya yang mengalami gangguan makhluk halus.

Masalah Anak-Anak
Rawatan untuk kanak-kanak lambat bercakap, kerap menangis, tidak mahu pergi ke sekolah, ketagihan bermain gadget dan sebagainya.

Masalah Rumahtangga
Rawatan masalah rumahtangga yang mungkin disebabkan oleh perasaan cemburu, masalah sosial, ekonomi, kewangan serta masalah seksual.

Masalah Jodoh
Rawatan terhadap seseorang yang sukar dan lambat mendapat jodoh, kerap putus tunang dan yang di dalam proses perceraian.

Masalah Perniagaan
Rawatan terhadap individu yang menjalankan perniagaan yang merasakan diri, ahli keluarga dan perniagaannya diganggu @ terjejas.

Masalah Kerezekian
Rawatan terhadap individu yang sukar mendapat pekerjaan, sering gagal di dalam usaha yang dilakukan dan mengalami masalah kewangan.