Rawatan Penyakit Rohani

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah dalam ‘At-Tibb An-Nawawi’ menyebutkan selain penyakit jasmani terdapat sejenis penyakit lagi yang dipanggil penyakit hati (rohani).

Penyakit rohani merupakan salah satu penyakit yang dihadapi oleh manusia walaupun ia tidak mempunyai petanda secara zahir. Ia melibatkan emosi, perasaan dan tekanan jiwa dan roh manusia yang tidak zahir pada pandangan mata kasar manusia.

Istilah Melayu menamakan dan mengaitkan penyakit rohani dengan penyakit hati seperti sakit hati, keras hati, makan hati, hati batu dan sebagainya. Semua itu menunjukkan perasaan dan perilaku seseorang itu dan juga menggambarkan penyakit yang ada dalam hati dan perasaan seseorang.

Walau bagaimanapun, dalam konteks perbicaraan Al-Quran, terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan penyakit hati atau rohani iaitu hasad atau dengki, was-was, syak dan lain-lain lagi. Keterangan yang terkandung dalam Al-Quran dengan jelas sekali menyatakan bahawa manusia mempunyai penyakit hati atau rohani ini.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 10:

Terjemahannya: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)”.

Ibn Qayyim Al-Jawzi menyebutkan terdapat dua jenis penyakit hati iaitu penyakit syubhah atau syak dan penyakit syahwat iaitu ingkar dan bangga.

Kesimpulannya, penjelasan Al-Quran yang banyak menyebut dan menceritakan tentang penyakit rohani, maka secara tidak langsung menggambarkan bahawa Al-Quran adalah sumber yang terbaik dalam merawat dan mencegah penyakit ini. Tentu sekali ilmu perubatan alopati moden tidak mampu untuk mengesaan kehadiran penyakit rohani ini, apatah lagi untuk mengubatinya. Jadi, penyelesaian yang paling baik adalah melalui penggunaan ayat-ayat Al-Quran sebagai ubat dan pencegah daripada berlakunya penyakit rohani ini.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!