Rawatan Premis

Kami, Perawat di Darussyifa’ bukan sahaja merawat manusia yang sakit rohani dan jasmani.

Tetapi ramai yang tidak tahu, kami juga sering mendapat jemputan untuk melakukan rawatan premis iaitu merawat @ memagar rumah, kedai, pejabat, restoran, klinik, taska, tadika, butik, homestay, institusi kewangan termasuk di pejabat dan agensi kerajaan dan lain-lain premis yang “sakit dan bermasalah” atau pun mengalami gangguan misteri dan makhluk halus, dengan izin Allah S.W.T.

Ada juga yang menjemput kami untuk melakukan rawatan premis apabila hendak memasuki rumah baru @ premis baru dengan harapan rumah baru @ premis baru itu terhindar dari sebarang gangguan, dengan izin Allah S.W.T.

Aturcara Rawatan Premis adalah seperti berikut:-
– Solat Maghrib Secara Berjemaah.
– Solat Hajat.
– Bacaan Yaasin.
– Bacaan Ruqyah.
– Bacaan Zikir & Doa.
– Solat Isyak Secara Berjemaah.
– Aktiviti Pemagaran.
– Jamuan.
– Sesi Rawatan Personal @ Ahli Keluarga @ Staf @ Kakitangan (Sekiranya Diperlukan).
– Bersurai.

Selain dari itu, kami juga sering dijemput oleh ahli keluarga pesakit ke hospital dan pusat perubatan untuk membacakan ayat-ayat ruqyah kepada ahli keluarga mereka yang sedang dirawat dengan harapan pesakit yang dirawat itu cepat sembuh. Walau bagaimanapun, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Selebihnya adalah urusan Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Menyembuh.

Ada juga pesakit dan ahli keluarga yang memerlukan privasi dan mereka lebih selesa sekiranya pihak kami datang ke rumah mereka untuk melakukan sesi rawatan. Mereka beranggapan ini lebih mudah kerana mereka tidak perlu pergi ke Darussyifa’. Ini biasanya melibatkan golongan VVIP, artis, selebriti, pesakit lanjut usia dan juga pesakit yang terkena gangguan di mana selalunya pesakit ini akan menjadi agresif / tidak sedarkan diri dan agak sukar untuk membawa pesakit ini pergi ke Darussyifa’ disebabkan faktor kesihatan dan keselamatan.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!