Rawatan Premis

Kami, Perawat di Darussyifa’ bukan sahaja merawat manusia yang sakit rohani dan jasmani.

Tetapi ramai yang tidak tahu, kami juga sering mendapat jemputan untuk merawat rumah @ memagar rumah, kedai, pejabat, tadika, sekolah, hospital, homestay, restoran, institusi kewangan termasuk di pejabat dan agensi kerajaan dan lain-lain lagi yang “sakit dan bermasalah” dengan izin Allah.

Aturcara Rawatan Premis adalah seperti berikut:-
– Solat Maghrib Secara Berjemaah.
– Solat Hajat.
– Bacaan Yaasin.
– Bacaan Ruqyah.
– Bacaan Zikir & Doa.
– Solat Isyak Secara Berjemaah.
– Aktiviti Pemagaran.
– Jamuan.
– Sesi Rawatan Personal @ Ahli Keluarga (Sekiranya Diperlukan).
– Bersurai.

Selain dari itu, kami juga sering dijemput oleh ahli keluarga pesakit ke hospital dan pusat perubatan untuk membacakan ayat-ayat ruqyah kepada ahli keluarga mereka yang sedang dirawat dengan harapan pesakit yang dirawat itu cepat sembuh. Walau bagaimanapun, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Selebihnya adalah urusan Allah s.w.t. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Menyembuh.

Ada juga pesakit dan ahli keluarga yang memerlukan privasi dan mereka lebih selesa sekiranya pihak kami datang ke rumah mereka untuk melakukan sesi rawatan. Mereka beranggapan ini lebih mudah kerana mereka tidak perlu pergi ke Darussyifa’. Ini biasanya melibatkan kes gangguan di mana selalunya pesakit akan menjadi agresif / tidak sedarkan diri dan agak sukar untuk membawa pesakit itu ke Darussyifa’ disebabkan faktor kesihatan dan keselamatan.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!