Rawatan Pengubatan Islam Ruqyah Ke Hospital

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk merawat seorang pesakit wanita yang berasal dari Sarawak yang mengidap penyakit kanser di Hospital Ampang.

Walaupun pesakit sedang menjalani rawatan secara moden dan dirawat oleh Doktor Pakar, pesakit dan waris pesakit telah membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan alternatif @ Rawatan Pengubatan Islam Ruqyah.

Untuk makluman, Pengubatan Islam merupakan salah satu bidang amalan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari melalui Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 yang dikenali juga dengan Akta 775.

Secara umumnya, Rawatan Pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha seorang pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit serta permasalahan emosi atau rohani yang sedang dihadapi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan alopati, tetapi merupakan pelengkap bagi rawatan yang diterima.

Ia juga sebagai rawatan alternatif untuk meneruskan ikhtiar, sambil berusaha bagi pesakit yang masih juga belum sembuh setelah berusaha melalui mana-mana kaedah rawatan perubatan. 

Ramai pesakit yang telah mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam walaupun ketika sedang menjalani rawatan di hospital dan Pusat Perubatan. Sekiranya anda atau pun ada saudara mara dan ahli keluarga yang sedang dirawat di hospital atau Pusat Perubatan, tidak menjadi kesalahan untuk mencuba Rawatan Pengubatan Islam ini. Kita hanya berusaha. Selebihnya kita serahkan segala urusan kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya kesembuhan itu hanya milik Allah S.W.T.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!