Pesanan Tuan Guru

BERUSAHALAH UNTUK MENJADI PERAWAT YANG BAIK.
(Pesanan Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din Di Kota Bharu Februari 2012)

Ramai dikalangan ahli-ahli Darussyifa’ selepas diijazahkan tidak menjadi Perawat. Oleh itu saya menyeru agar anda berusahalah menjadi seorang Perawat yang baik. Harapan saya agar anda semua dihargai oleh masyarakat yang mendapat khidmat di Darussyifa’.

Bersungguh-sungguhlah dan yakin ketika memberikan khidmat rawatan dan jangan sambil lewa.

Bila membantu mereka yang perlukan khidmat, lakukanlah dengan hati yang ikhlas yang lahir dari sanubari kita bukan kerana terpaksa.

Tanpa kesungguhan pesakit akan hilang hormat kepada kita.

Sekali hilang hormat mereka akan menyalahkan semua orang. Sebab itulah Perawat perlu bersungguh-sungguh.

Bukan senang untuk menjadi Perawat yang baik, anda hendaklah menguasai ilmu Ruqyah Syar’iyyah yang telah dipelajari.

Anda perlu lakukan banyak latihan merawat dan mencuba sehinggakan dengan sendirinya lahir kemantapan dan keyakinan diri.

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!