Masalah Kerezekian

 

Rezeki kita Allah S.W.T yang tentukan dan tidak sama antara seseorang dengan seseorang yang lain. Kalau dilihat dalam adik beradik kita sendiri pun terdapat perbezaan yang amat jelas yang dapat diperhatikan. Memang rezeki kita tak sama.

Kita kena menerima hakikat ada orang yang rezekinya sangat murah dan ada orang yang rezekinya sangat sempit. Kadang-kadang ada orang yang sangat sukar untuk mendapat pekerjaan. Semua usaha yang dilakukan kerap mengalami kegagalan. Seterusnya perkara ini sudah pasti akan menimbulkan masalah kewangan pula.

Jika anda menghadapi situasi ini rapatkanlah hubungan dengan Allah S.W.T. Banyakkan berdoa, istighfar, selawat ke atas Nabi dan jauhkan diri dari melakukan perkara maksiat. Semoga dengan usaha dan ikhtiar tersebut Allah S.W.T membukakan rezeki yang tertutup kepada limpahan rezeki yang terbuka seluas-luasnya. 

Terdapat juga amalan-amalan kerohanian dan zikir-zikir tertentu yang mampu untuk menarik rezeki dan anda perlu berusaha untuk mendapatkannya supaya urusan rezeki dilancarkan dan sentiasa dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!
1
Sekiranya Anda Memerlukan Rawatan Pengubatan Islam, Sila TEKAN Logo Whatsapp Di Bahagian Bawah Sebelah Kanan Laman Web www.UstazAminDarussyifa.com Ini Dan Nyatakan Nama, Umur, Lokasi Serta Tujuan Anda Menghubungi Pihak Kami.
Powered by