Masalah Jodoh

 

Jodoh dari segi bahasa bermaksud pasangan hidup. Jodoh biasa digunakan bagi merujuk kepada pasangan kita sama ada suami atau isteri. Ada yang belum kahwin dan masih bujang, kemudian dia bertemu jodoh dengan seseorang. Itu namanya jodoh. Ada yang sudah kahwin bertahun-tahun kemudian bercerai atau pasangan mereka meninggal dunia, itu juga namanya jodoh. Bezanya adalah jodoh mereka tidak panjang. 

Ada pula yang tidak bertemu jodoh sehingga akhir usia tetapi mungkin Allah tetapkan jodoh mereka di syurga bersama para bidadari. Ini semua dalam ketetapan dan takdir Allah. Ia di luar kemampuan manusia biasa. Namun ketetapan ini sudah ditentukan sama ada cepat atau lambat. Di dunia ataupun di akhirat.

Jodoh juga tidak semestinya hanya seorang. Ada yang berkahwin beberapa kali, maka jodohnya dengan beberapa orang. Malah jika seseorang lelaki berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami, jadi jodohnya adalah dengan isteri-isteri yang dikahwininya itu. Jodoh boleh jadi tetap atau berubah. Saya percaya, ramai yang berharap jodoh mereka akan kekal ke akhirnya bahkan hingga ke syurga. Namun persoalan jodoh, ia masih dalam kekuasaan Allah S.W.T. Kita hanya boleh berdoa dan mengharapkan yang terbaik buat diri kita. 

Bagi yang masih belum mendapat jodoh, In Shaa Allah boleh diikhtiarkan dengan mengamalkan doa-doa tertentu. Begitu juga kepada yang mempunyai masalah jodoh hingga hampir berlaku perceraian, In Shaa Allah ada usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan semula ikatan suami isteri tersebut. Buang yang keruh. Ambil yang jernih.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!
1
Sekiranya Anda Memerlukan Rawatan Pengubatan Islam, Sila TEKAN Logo Whatsapp Di Bahagian Bawah Sebelah Kanan Laman Web www.UstazAminDarussyifa.com Ini Dan Nyatakan Nama, Umur, Lokasi Serta Tujuan Anda Menghubungi Pihak Kami.
Powered by