Masalah Anak-Anak

 

Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai kurniaan dari Allah S.W.T. Setiap pasangan semestinya mengimpikan anak yang sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serta dapat menurut kata. Namun siapalah kita yang dapat menolak ketentuan dari Allah S.W.T.

Kadang-kadang sejak dari kelahiran sudah nampak masalah pada anak-anak seperti kerap menangis, sering sakit, kemudian seiring dengan peningkatan usianya didapati anak ini lambat berjalan dan ada juga yang lambat bercakap.

Apabila memasuki alam persekolahan, didapati dia tidak mahu atau kurang minat pergi ke sekolah atau selalu ponteng sekolah. Tidak terkecuali juga sukar mengikut arahan ibu bapa dan tidak mahu mendengar kata dan nasihat ibu bapa. Kurang mengulangkaji pelajaran dan asyik bermain gadget atau istilah lainnya ketagihan gadget. Ada juga yang sudah menghisap rokok semasa di sekolah rendah lagi.

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sehubungan dengan itu kami di Darussyifa’ boleh membantu merawat anak-anak tersebut dengan menggunakan ayat-ayat ruqyah. Semoga dengan usaha ini Allah memakbulkan segala hajat dan impian kita sebagai ibu bapa yang ingin melihat anak-anak sihat, ceria dan berjaya di dalam hidupnya dan dapat membahagiakan kedua ibu-bapa. In Shaa Allah.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!