Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016

Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau dikenali juga dengan Akta 775 merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari bagi mengawal selia perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Seksyen 25 akta ini menyatakan seseorang yang bukan seorang pengamal berdaftar tidak boleh, secara langsung atau tidak langsung, mengamalkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari. Sekiranya disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 26 akta ini pula menyatakan pengamal berdaftar tidak boleh mengamal bidang amalan yang diiktiraf kecuali jika dia memegang perakuan pengamalan yang sah dan berkuat kuasa.

KLIK Di Sini untuk melihat contoh Sijil Pengamalan Pengamal Berdaftar yang masih berkuat kuasa yang dikeluarkan kepada Pengamal Berdaftar oleh Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!