Apa Itu Anxiety?
Dalam dunia moden sekarang, ramai yang struggle dengan masalah anxiety – rasa risau berlebihan, bimbang, resah gelisah, takut tanpa sebab yang jelas, jantung berdebar, susah tidur, dan fikiran tak pernah rasa tenang. Dari sudut psikologi, anxiety dikategorikan sebagai gangguan emosi yang melibatkan minda dan tubuh.
Tapi dari perspektif Islam, anxiety bukan sekadar isu mental semata-mata. Ia juga berkait dengan roh, hati dan keyakinan kita kepada Allah. Bila hati jauh dari Allah, jiwa jadi mudah gelisah. Allah sendiri berfirman dalam al-Quran:
“Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”
(Surah ar-Ra’d: 28)
Punca Anxiety Menurut Perspektif Islam
-
Kurang pergantungan kepada Allah – terlalu bergantung pada diri atau manusia.
-
Kelemahan iman dan zikir – hati kosong daripada mengingati Allah.
-
Bisikan syaitan – syaitan suka menakut-nakutkan dan menanamkan kerisauan palsu.
-
Gangguan jin dan sihir – dalam sesetengah kes, anxiety boleh berpunca daripada gangguan rohani.
-
Tekanan hidup – masalah kewangan, kerja, hubungan sosial dan lain-lain.
Kaedah Rawatan Anxiety Menurut Islam
1. Kembali kepada Allah dengan Zikir & Doa
-
Amalkan zikir harian seperti La hawla wa la quwwata illa billah, Hasbiyallahu la ilaha illa Huwa, istighfar, selawat dan sebagainya.
-
Zikir menenangkan sistem saraf dan menguatkan jiwa.
-
Doa khusus: “Allahumma inni a‘udzu bika minal-hammi wal-hazan…” (Doa Nabi SAW untuk elak rasa sedih & gelisah).
2. Membaca al-Quran & Ruqyah Syar‘iyyah
-
Surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
-
Surah Yasin ayat 58 (Salaamun qawlam mir rabbir rahim) – ayat ketenangan.
-
Surah Yunus 81-82 untuk pembatal sihir (jika anxiety ada kaitan dengan gangguan).
-
Bacaan ruqyah memberi kesan healing pada hati & minda.
3. Fitrah Breathing & Solat Khusyuk
-
Pernafasan fitrah (bernafas ikut ritma tenang sambil berzikir) boleh stabilkan emosi.
-
Solat dengan tadabbur – rasa berdiri di hadapan Allah, menyerahkan segala beban.
4. Tawakkal & Redha
-
Anxiety sering berpunca daripada terlalu risau tentang masa depan.
-
Islam ajar kita usaha + tawakkal. Hasil bukan urusan kita, itu urusan Allah.
5. Gaya Hidup Sunnah
-
Jaga pemakanan halal & baik.
-
Amalkan madu, habbatus sauda’, minyak zaitun – makanan sunnah yang menguatkan tubuh & minda.
-
Tidur ikut sunnah (awal malam, bangun tahajjud).
-
Jaga hubungan dengan manusia – maafkan orang lain, buang sifat marah dan rasa dendam.
Penutup
Anxiety bukan tanda kita lemah, tapi ia adalah ujian jiwa. Islam memberi jalan rawatan yang menyeluruh – bukan sekadar ubat minda, tetapi juga ubat hati dan roh. Bila kita kembali kepada Allah dengan doa, zikir, Al-Quran dan amalan sunnah, insyaAllah hati jadi lebih tenang dan anxiety dapat diurus dengan lebih baik.
Peringatan: Jangan terlalu bergantung keada Perawat sahaja. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Perawat hanya asbab. Yakinlah bahawa ketenangan sebenar hanya datang bila hati rapat dengan Allah.