Sesi Rawatan Ustaz Amin Di Darussyifa' Pusat, Bandar Baru Bangi Adalah Pada Setiap Hari Isnin, Dari 9.00 Pagi Sehingga 12.30 Tengahari Sahaja.
"Ilmu Pengubatan Islam didefinisikan sebagai satu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan rohani oleh seorang Islam yang mahir dalam kaedah rawatan dengan menggunakan cara khusus yang berpandukan Al-Quran, doa yang ma'thur bersumberkan dari hadis atau amalan As-Salafussoleh (ulamak muktabar terdahulu) atau kesemuanya sekali, atau menggunakan kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan syarak yang dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T."

Pengubatan Islam merupakan salah satu komponen dalam sistem perubatan Islam yang sangat luas. Ia merangkumi apa-apa sahaja kaedah perubatan yang mempunyai asas yang selaras dengan Al-Quran dan Al-Sunnah dan tidak bercanggah dengan kedua-dua sumber tersebut.

Rawatan Pengubatan Islam Sebagai Rawatan Komplementari

Sebahagian penyakit yang berbentuk jasmani boleh dirujuk ke klinik, hospital atau pusat perubatan untuk rawatan, tetapi bagi penyakit rohani dan spiritual, lazimnya tiada rawatan yang disediakan di klinik, hospital mahu pun pusat perubatan.

Oleh itu, penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa sahaja yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut dan ia hanya boleh didapati di dalam Rawatan Pengubatan Islam Ruqyah Syar’iyyah, dengan izin Allah S.W.T. 



Ustaz Mohd Amin Hj Jumberi atau lebih dikenali dengan nama panggilan Ustaz Amin Darussyifa’ merupakan anak kelahiran Kota Tinggi, Johor Darultakzim (JDT) dan sekarang menetap di Kuala Lumpur.

Lebih dari sepuluh tahun yang lalu, Ustaz Amin telah mengikuti Kursus Perubatan Dan Pengubatan Islam di Darussyifa’ Pusat, Bandar Baru Bangi dengan jayanya dan telah diijazahkan dengan Ijazah Perubatan Dan Pengubatan Islam oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, yang merupakan Pengasas dan Penasihat Persatuan Perubatan Pengubatan Dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) .

Majlis Pengijazahan Ustaz Amin Darussyifa' Yang Telah Disempurnakan Oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Perawat Di Darussyifa'

Setelah diijazahkan, dengan ilmu dan amanah yang diberikan, pada masa ini Ustaz Amin Darussyifa’ komited menabur bakti merawat pesakit yang ingin mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam Ruqyah Syar’iyyah di Darussyifa’ Pusat, Bandar Baru Bangi pada setiap hari Isnin dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengahari.

Pada hari dan masa yang selain di atas, Ustaz Amin tidak berada di Darussyifa’ Pusat, Bandar Baru Bangi untuk merawat pesakit. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di Darussyifa’ Pusat, Bandar Baru Bangi boleh hadir secara walk-in bagi mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam Ruqyah Syar’iyyah dari perawat-perawat lain yang bertugas, semasa Pusat Rawatan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi beroperasi. 

Pengamal Pengubatan Islam Berdaftar Dengan KKM

Ustaz Amin Darussyifa’ merupakan seorang Pengamal Pengubatan Islam Profesional Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau lebih dikenali dengan Akta 775.

Dengan kata lain, ianya bermaksud Ustaz Amin Darussyifa’ merupakan seorang individu yang mengamalkan Perubatan Tradisional Dan Komplementari dalam bidang Pengubatan Islam dan telah melalui proses pendaftaran rasmi di bawah Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merupakan sebuah badan yang mengawasi dan mengawal selia amalan Perubatan Tradisional Dan Komplementari di Malaysia untuk memastikan ia mematuhi piawaian amalan mandatori yang ditetapkan.

Maksud Pengamal Pengubatan Islam Berdaftar

 

1. Diiktiraf Secara Sah – Pengamal diiktiraf oleh kerajaan sebagai seorang Profesional dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari.

2. Mematuhi Piawaian – Pengamal perlu menjalani latihan, penilaian dan memenuhi syarat tertentu yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan rawatan.

3. Kepercayaan Pengguna – Pendaftaran ini meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap rawatan yang ditawarkan kerana Pengamal menunjukkan komitmen terhadap etika dan standard yang ditetapkan.
 
4. Aspek Perundangan – Dengan berdaftar, Pengamal dilindungi daripada tindakan undang-undang jika amalan mereka mematuhi garis panduan yang sah.
 

PERINGATAN!

Pesakit Dan Waris Pesakit Dinasihati Untuk Mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam Hanya Dari Perawat @ Pengamal Pengubatan Islam Yang Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sahaja, Bagi Memastikan Perkhidmatan Yang Diterima Adalah Selamat Dan Beretika.
Sijil Kemahiran Malaysia

Perawatan Ruqyah, Tahap Tiga
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Malaysian Skills Certificate

Ruqyah Treatment, Level Three
Department of Skills Development
Ministry of Human Resources, Malaysia

Ijazah Darussyifa'

Ijazah Perubatan Dan Pengubatan Islam Darussyifa'

Sijil Penyertaan

Kursus Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari Profesional

Sijil Perakuan

Sijil Perakuan Pengamal Berdaftar Pengubatan Islam

Sijil Perakuan

Sijil Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar Pengubatan Islam

Sijil Penyertaan

Seminar Pengubatan Islam Peringkat Wilayah Persekutuan

Sijil Penyertaan

Seminar Pengubatan Islam Peringkat Negeri Selangor

Sijil Penyertaan

Seminar Mualij 2.0 (Pengamal Pengubatan Islam)
Peringkat Negeri Sembilan

Sijil Penyertaan

Seminar Perkhidmatan Penjagaan Spiritual Peringkat Negeri Selangor

Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016
(Akta 775)

Seksyen 25 Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 Menyatakan.....

Seseorang yang bukan seorang pengamal berdaftar tidak boleh, secara langsung atau tidak langsung, mengamalkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari.

Sekiranya melanggar perkara di atas, telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kesalahan:-

a). Didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama.

b). Didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan seterusnya.

Seksyen 26 Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 Menyatakan.....

Pengamal berdaftar tidak boleh mengamal bidang amalan diiktiraf kecuali jika dia memegang perakuan pengamalan yang sah dan berkuat kuasa.

Sepintas Lalu Mengenai Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775)

Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775) ini digubal untuk mengawal dan memantau semua amalan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia, termasuk Pengubatan Islam. 

Pelaksanaannya sangat diperlukan pada masa ini. Ia dilihat hadir pada masa yang tepat sebagai satu bentuk kawal selia yang dapat memartabatkan lagi kaedah Rawatan Islam dan secara tidak langsung dapat membanteras amalan-amalan yang bercanggah dengan Rawatan Islam, di samping dapat memelihara kesucian agama Islam itu sendiri.

Usaha Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, melalui Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan pendaftaran Pengamal Pengubatan Islam di Malaysia adalah sangat bertepatan kerana pada masa ini, rawatan seperti ini semakin mendapat permintaan dari masyarakat dan banyak dilakukan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, ia tidak dapat diketahui dan tidak dapat disahkan sama ada rawatan yang dijalankan tersebut bertepatan dengan syariat Islam atau pun tidak. Ia merangkumi pengetahuan berkaitan Ruqyah, penggunaan Al-Quran, penggunaan bahan-bahan rawatan dan bagaimana kaedah rawatan dijalankan, sama ada boleh diterima atau pun tidak.

 

Penguatkuasaan Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775)

Ustaz Amin Darussyifa’ sering menerima jemputan dari pesakit dan ahli keluarga pesakit serta waris pesakit untuk merawat pesakit yang berada di hospital dan pusat perubatan. 

Pesakit-pesakit ini memerlukan Rawatan Pengubatan Islam Ruqyah Syar’iyyah secara personal dari Perawat @ Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syar’iyyah yang boleh datang ke hospital dan pusat perubatan disebabkan mereka tidak boleh hadir ke Darussyifa’ untuk mendapatkan rawatan.

Biasanya ini melibatkan pesakit yang terlantar (bed ridden), pesakit koma, pesakit yang menghidapi penyakit kritikal, pesakit yang mengalami kecederaan akibat kemalangan dan juga pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan dan masih dalam proses pemulihan sebelum dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak hospital dan pusat perubatan.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
Hospital Ampang
Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya
Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Petaling Jaya
Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Ruqyah Syar'iyyah merupakan satu teknik terapi penyembuhan penyakit dengan cara membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa mustajab kepada pesakit @ orang yang diruqyah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Dalil yang menunjukkan bacaan ruqyah dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit terdapat di dalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T di dalam ayat dan surah berikut:-

1. Ayat 82, Surah Al-Isra'.
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Yang bermaksud, "Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..."

2. Ayat 44, Surah Fussilat.
قُلْ هُوَ لِلَّذِينَءَامَنُوا۟ هُدًۭى وَشِفَآءٌۭ
Yang bermaksud, "Katakanlah, Al-Quran itu menjadi petunjuk dan juga penawar bagi orang-orang yang beriman..."

Bacaan Ruqyah Asas Pertama Darussyifa’

Bacaan Ruqyah Asas Kedua Darussyifa’

Bacaan Ruqyah Asas Ketiga Darussyifa’

Penemuan Kajian Saintifik Mengenai Keajaiban Membaca Dan Mendengar Al-Quran

E-Book Percuma

Sila Masukkan Nama & E-mail Anda Pada Ruangan Di Bawah Dan Tekan Butang Hijau “DOWNLOAD” Di Bawah Untuk Menerima Hadiah Istimewa, E-Book Bertajuk Legasi Darussyifa’: Amanah Dijunjung, Warisan Disambung (Bahagian 1 Dan Bahagian 2) Dan Juga Sebuah E-Book Ekslusif Karya Ustaz Amin Darussyifa’, Yang Tidak Dijual Di Pasaran, Khas Untuk Anda, Bertajuk ‘Saya Ingin SEMBUH: Langkah-Langkah Konsisten Berterusan Yang Perlu Diamalkan Oleh Setiap Pesakit‘. 


OCD – Kaedah Rawatan Menurut Islam

Apa Itu OCD? Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) ialah sejenis gangguan mental yang buat seseorang mengalami: Obsesi – fikiran berulang, mengganggu dan...
Read More
OCD – Kaedah Rawatan Menurut Islam

PTSD – Kaedah Rawatan Menurut Islam

Apa Itu PTSD?Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) ialah sejenis gangguan emosi yang berlaku selepas seseorang melalui pengalaman traumatik contohnya kemalangan,...
Read More
PTSD – Kaedah Rawatan Menurut Islam

Skizofrenia – Kaedah Rawatan Menurut Islam

PengenalanSkizofrenia ialah sejenis gangguan mental serius yang memberi kesan kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang. Pesakit mungkin mengalami halusinasi...
Read More
Skizofrenia – Kaedah Rawatan Menurut Islam

Anxiety – Kaedah Rawatan Menurut Islam

Apa Itu Anxiety? Dalam dunia moden sekarang, ramai yang struggle dengan masalah anxiety – rasa risau berlebihan, bimbang, resah gelisah,...
Read More
Anxiety – Kaedah Rawatan Menurut Islam

Jangan Bergantung Seratus Peratus Kepada Perawat – Yakinlah Kepada Allah

Ramai pesakit yang datang mendapatkan Rawatan Islam hadir dengan pelbagai harapan. Ada yang berharap Perawat mampu menyembuhkan mereka sepenuhnya, ada...
Read More
Jangan Bergantung Seratus Peratus Kepada Perawat – Yakinlah Kepada Allah

Tadabbur Ayat Pembatal Sihir

Tadabbur Surah Yunus Ayat 81-82Firman Allah SWT:(81) "Maka ketika mereka campakkan (tali-tali dan tongkat-tongkat itu), Nabi Musa berkata: ‘Apa yang...
Read More
Tadabbur Ayat Pembatal Sihir

Sedari, Terima, Rasai, Lepaskan

Dalam kehidupan, kita semua akan diuji dengan pelbagai bentuk kesakitan, sama ada sakit fizikal, ujian emosi, mahupun luka jiwa yang...
Read More
Sedari, Terima, Rasai, Lepaskan

Solat Sebagai Terapi

Solat bukan sekadar kewajipan harian seorang Muslim, tetapi ia juga merupakan satu bentuk terapi rohani, mental dan fizikal yang sangat...
Read More
Solat Sebagai Terapi

RUQYAH UNTUK ANXIETY

Anxiety atau kegelisahan adalah satu masalah kesihatan mental yang semakin banyak dialami oleh masyarakat hari ini. Rasa berdebar, takut tanpa...
Read More
RUQYAH UNTUK ANXIETY

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Perawatan Ruqyah

Ramai yang masih belum tahu bahawa Perawatan Ruqyah kini bukan lagi sesuatu perkara yang boleh dilakukan oleh “Seseorang yang bukan...
Read More
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Perawatan Ruqyah

Borang Pertanyaan Dan Maklum Balas


Peta Penunjuk Arah
Ke Pusat Rawatan Darussyifa', Bandar Baru Bangi

Kekal Berhubung Dengan Pihak Kami

Alamat Pusat Rawatan

Darussyifa' Pusat
No.5, Jalan 1/7D
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

E-mail

admin@UstazAminDarussyifa.com

Hotline & Whatsapp

+6011-12762166
(Sekiranya Panggilan Telefon Anda Tidak Dijawab, Berkemungkinan Ustaz Amin Sedang Melakukan Rawatan. Sila Whatsapp Untuk Maklumat Lanjut)

Media Sosial

© 2025 Ustaz Amin Darussyifa’ | Semua Hak Cipta Terpelihara

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!